Showing posts with label Info Ketutu. Show all posts
Showing posts with label Info Ketutu. Show all posts

Ikan ketutu sebagai ikan hiasan



Selain dari sedap dan sesuai dijadikan sebagai juadah istimewa samaada bersama keluarga atau untuk santapan pengantin, ada juga di kalangan peminat spesis goby atau 'monster fish' yang menjadikan ikan ketutu sebagai ikan hiasan.


Corak pada badan dan jenis nya yang suka mendiami dasar akuarium membuatkan ianya sesuai digandingkan dengan ikan-ikan lain.

Namun begitu dalam keadaan tertentu gandingan bersama ikan-ikan lain perlu dielakkan kerana ianya dari jenis karnivor. Sifat karnivor(kawan makan kawan) selalunya terjadi di kalangan ikan karnivor kerana kekurangan makanan.







..




Kitaran Nitrogen (Nitrogen Cycle)

Kefahaman tentang kitaran nitrogen (nitrogen cycle) penting bagi setiap penternak ikan ketutu terutamanya bagi mereka yang menternak ikan menggunakan sistem tertutup (closed system) seperti tanki, tanki fiber, akuarium ataupun kanvas. Penggunaan sistem penapis (filteration) yang betul dan efisien dapat memastikan ikan sentiasa dalam keaadan sihat dan baik.

Apa yang dimaksudkan dengan sistem tertutup ini ialah segala buangan ikan yang dilepaskan ke dalam air tidak akan kemana-mana melainkan air dalam sistem ditukar.


Gambarajah diatas menjelaskan serba sedikit tentang kitaran nitrogen didalam air. Kitaran bermula dengan penghasilan ammonia yang datangnya daripada buangan ikan seperti tahi dan urin. Ammonia juga terhasil dari lebihan makanan yang tidak dimakan dan ikan mati yang tidak dikeluarkan dari kolam.

Kadar ammonia yang tinggi atau kenaikan ammonia secara mendadak (ammonia spike) boleh menyebabkan ikan terdedah pada jangkitan penyakit seperti reput ekor, fungus dan sebagainya kerana ikan berada dalam keadaan tertekan dengan persekitarannya. Apabila ikan berada dalam keadaan tertekan, daya ketahanan melawan penyakit akan berkurangan.

Ammonia juga boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi terutamanya dalam penternakan ikan ketutu kerana kurang ketahanan terhadap ammonia berbanding ikan keli atau haruan.

Pada peringkat pertama kitaran, ammonia yang terhasil di dalam air akan ditukar kepada nitrit oleh kumpulan bakteria jenis nitrosomonas. Nitrit dalam air merupakan toksik kepada ikan tetapi kadar toksiknya tidak seperti ammonia. Walaubagaimanapun kadar nitrit yang tinggi boleh menyebabkan ikan sakit.

Pada peringkat kedua pula, kumpulan bakteria jenis nitrospira akan menukarkan unsur nitrit kepada nitrat yang mana ianya merupakan bahagian terakhir dalam proses nitrifikasi (nitrification process). Kebanyakan jenis ikan mampu hidup didalam air yang mempunyai nitrat. Walaubagaimanapun kadar nitrat yang tinggi adalah tidak disarankan. Kadar yang sesuai adalah dibawah 20 ppm.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan kadar nitrat di dalam air. Cara mudah yang boleh digunakan ialah dengan menukar air kolam. Kekerapan penukaran air bergantung pada peningkatan kadar nitrat dalam kolam dan kapasiti ikan di dalam kolam.

Cara semulajadi yang biasa digunakan ialah menggunakan algae atau menanam pokok kerana nitrat merupakan makanan semulajadi bagi pokok. Bagi mereka yang menggunakan akuarium, boleh juga menggunakan de-nitrator untuk pelepasan semula gas nitrogen ke udara.

Kadar ammonia, nitrit dan nitrat di dalam air boleh di ukur menggunakan kit yang banyak terdapat di pasaran.

Maklumat Tentang Ikan Ketutu / Soon Hock

Species : Oxyeleotris marmorata Blkr

Berikut serba-sedikit info mengenai nama-nama ikan ketutu

Info Ketutu, Belontok, SoonHock, Marble Goby



Ketutu, Soonhock, Marble goby, Haruan Bodoh, Belontok diantara nama panggilannya merupakan species terbesar dari kalangannya, isi yang sedap dan selalu dihidangkan di restoran-restoran.

Walaupun ikan ini adalah jenis pemangsa namun ia agak malas mengejar mangsanya.



Kebiasaannya ikan ini hanya menunggu mangsa yang berada berdekatan persembunyiannya dan menyerang apabila mangsanya berada cukup dekat dengannya.