Nama Saintifik : Spesis Saprolegnia dan Achyla
Petanda Jangkitan
Jangkitan fungus (Saprolegnia dan Achyla) ini selalunya terjadi pada peringkat kedua jangkitan selepas tisu ikan sudah dirosakkan oleh jangkitan bakteria atau parasit. Fungus ini juga boleh menyerang ikan yang lemah atau stress berpunca dari pengurusan yang kasar, penghantaran menggunakan kapal, terlampau terdedah kepada ammonia dan nitrit, penggunaan jaring yang salah (penggunaan jaring keras tidak disarankan untuk ketutu) dan kekurangan nutrisi.

Patogen fungus akan menggunakan enzim yang telah dihadam sebagai makanan pada tisu ikan. Enzim yang rosak berdekatan dengan tisu yang sihat akan menyebabkan penyakit ini merebak. Sintom ini boleh dikenalpasti apabila bentuk seakan-akan kapas putih pada sirip, kulit, mulut atau ekor ikan kelihatan.
Kawalan Penyakit
Saprolegnia dan Achyla boleh dikatakan wujud dalam kesemua jenis akuarium ataupun kolam ikan. Pengurusan kolam yang baik dapat mengelakkan jangkitan berlaku. Patogen fungus ini selalunya aktif dalam akuarium, kolam dan tanki yang kotor.
No comments:
Post a Comment