Harga Ikan Ketutu di pasaran cecah RM130


KUANTAN: Pasti ramai yang tidak tahu ikan ketutu atau ubi mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga harganya mencecah sehingga RM130 satu kilogram disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya.

Kesukaran itu menyebabkan ikan dengan nama saintifiknya, oxyeleotris marmoratus mahal. Peniaga ikan sungai, Abdul Haris Johod, 39, berkata, ikan itu sangat popular terutama di kalangan masyarakat Cina dan mendapat permintaan tinggi pada sambutan Tahun Baru Cina.


Menurutnya, antara faktor harga ikan itu melambung tinggi kerana sukar menangkapnya dan masih kurang penternak mengusahakan ikan ketutu. “Bagaimanapun, ia masih boleh didapati di kawasan sungai terutama di sepanjang Sungai Pahang, tetapi ia mengikut nasib.



“Sebab itu, harga satu kilogram mencecah RM130 dan tidak hairanlah seekor ikan yang mempunyai berat antara 300 dan 400 gram boleh mencapai RM50 sekilogram,” katanya.

No comments: